Hidup ini memerlukan kekuatan,ketabahan, dan kesabaran barulah kita dapat menemui Keyakinan untuk menempuhi semak samun kehidupan. Sesungguhnya diri ini masih dalam ketakutan. Takut untuk menghadapi Kenyataan yang bakal mengguris perasaan hingga luka. Sememangnya kita sebagai manusia tidak akan dapat lari dari masalah, semakin banyak masalah itu dan semakin dekatlah diri kita denganNYA.. Aku takut aku tidak dapat melakukan yang terbaik sebagaimana telah aku lakukan sebelum ini. Aku ingin berlari tetapi bukan untuk melepaskan diri, aku ingin meredah hutan lebat tapi bukan untuk menyesatkan diri dalam semak, aku ingin terbang tapi bukan untuk menghilangkan diri dia celah2 awan tapi aku ingin mencari erti KEKUATAN itu dan biarlah sehingga hujung pernafasan aku ini kerana aku sanggup untuk semua itu demi mencari makna Keyakinan itu sendiri..
![]() |
Sebenarnya dalam kegigihan mencari makna Keyakinan itu sendiri terbentuk dari hati yang tidak pernah mengalah dan mungkin tidak pernah kenal apa itu PUTUS ASA.. tapi mampukah aku ?? Segala bebanan yang tertanggung di tubuh ini sejak 1999 akankah terlerai? Aku tahu bebanan yang aku tanggung ini tidaklah sehebat 'dia' tapi hati aku juga terseksa melihat keadaan 'dia' sebegitu.. Argghhhh!! Kegelisahan semakin menyesakkan dada, aku takut untuk teruskan kehidupan aku, yang semakin hari semakin memerlukan mental yang kuat, Dimanakah aku perlu dapatkan KEYAKINAN?? MENTAL YANG KUAT??
Perjalanan aku hanya untuk mencari jawapan atas semua permasalahan ini dan jawapan bagi setiap persoalan-persoalan yang bersarang di minda dan jiwa aku ni. Dalam perjalanan ini, aku juga mencari makna Keyakinan untuk memberi aku sedikit kekuatan untuk menempuhi semua permasalahan ini. Dalam ketekunan mencari semua itu, aku akui, aku sunyi kerana tiada insan yang istimewa yang bertahta di hati aku ini, Aku inginkan dia kerana aku tahu hanya dia yang mampu memberi semangat,kekuatan dan mungkin makna Keyakinan itu akan aku perolehi daripadanya.. Tapi Alhamdulillah hari2 yang aku lalui tanpa cinta terasa biasa saja, Cinta itu membahagiakan dan beruntunglah kpda sesiapa yang merasai keindahan percintaan itu.. Aku akan teruskan perjuangan hidup aku dan mencari makna keyakinan itu sehingga nafasku terhenti. Kerana aku tahu, Keyakinan itu adalah titik permulaan sebuah kejayaan.. Semoga aku kuat utk teruskan berusaha!!! =')




No comments:
Post a Comment